:: Music ::

Saturday, June 20, 2009

Buncit Oh Buncit!!!

Hello, & welcome to nightline.... 2 la bunyi tv dpan sy waktu ni, tp xde sape pn yg tgk (cian die)..

Okeyh, msuk pd cter yg nk di-cter-kn sblum cter2 lain kluar... Mcm ni, mcm semua tau, skrg kn cuti sem.. Cuti sem mknenye duk kat umah xwat pape slain mkn, tdo, mkn, tdo.. Dan lame kelamaan, industri 'penternakan lemak' brmula and now, sy slh sorg penternaknye.....

Haih....... Sbelum cuti, berat 72kg... tp skrg???? 76kg!!!!!!!! argh!!!!!! what's happening 2 me... huhu... secara fizikal.. mmg xnmpk mcm mkin berisi/gemok/buncit IF pakai baju... But underneath those clothes, Ya Rabbi..... mcm de baby.. yup bg sy mmg ase sy smakin buncit.. wlaupn org ckp, 'waaaa, bj nmpk tough pkai bj fit'... aihhhhhh... mane adenye bj fit, tp perut mkin buncit... and medically, buncit byk risikonye....

meh sini nk cter cket psl B-U-N-C-I-T............

BUNCIT!! APA RISIKONYA??

Buncit adalah suatu perkataan yang paling tidak digemari, terutama wanita kerana perut yang buncit akan menyebabkan mereka kelihatan tidak menarik. Lelaki juga tidak terlepas daripada masalah itu tetapi mungkin sebahagian besar tidak mempedulikannya dan hanya memandang ringan masalah ini.

Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), buncit boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan kepada lelaki dan wanita. Ukur lilit pinggang yang melebihi 94 cm atau 37 inci di kalangan lelaki manakala 80 cm atau 32 inci bagi wanita boleh mendedahkan mereka kepada diabetes dan penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan pembuluh darah.

Pengumpulan lemak di bahagian perut adalah lebih berbahaya berbanding pada paha dan punggung kerana ia meningkatkan risiko kepada penyakit berbahaya. Pengumpulan lemak di perut menyebabkan seseorang itu berbentuk seperti buah epal manakala timbunan lemak di sekitar paha dan punggung menjadikan individu berbentuk seperti buah pear.

Antara punca perut buncit ialah:

1. Pengambilan makanan kaya lemak.

2. Kurang atau tidak pernah bersenam.

3. Amalan pemakanan tidak seimbang saban hari.

4. Gaya hidup tidak sihat iaitu lebih banyak berehat dan duduk.

Cara mengatasi perut buncit:

1. Kurangkan makanan kaya lemak.

2. Amalkan gaya hidup sihat.

3. Luangkan masa untuk bersenam, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

4. Amalkan pemakanan seimbang setiap hari.

5. Kurangkan pengambilan makanan manis yang boleh menyebabkan kegemukan.

Penyakit yang dikaitkan dengan perut buncit:

1. Tekanan darah tinggi.

2. Paras kolesterol yang tinggi.

3. Diabetes.

4. Penyakit kardiovaskular.



So, mari2 la kte same2 'nyah-buncitkan' perut kte.. and kalo sesape ade cadangan cmne nk 'nyah-buncitkan' perut... idea anda dialu-alukan... k la... mata da nantk, kne tdo dh ni... jom........

:: don't worry, be happy & smile always ::

2 comments:

ADHACOLECTION said...

meh2,join skim piramid ak...

Abg Cik said...

Thanks, menarik sungguh info kat sini. semoga ramai yang dapat menafaat daripadanya. So aku nak jadi follower la kat sini harap2 banyak lagi info lain.

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates